Your order will send to Poslaju on same day if payment made before 5pm daily (Monday - Friday). Next day you can receive it.
Best service in town!

Pearl White diformulasikan dengan kolagen yang telah dihidrolisiskan,
ceri Acerola, ekstrak tomato dan kulit kayu Pine yang mempunyai pelbagai
khasiat, Pearl White Putih Mulus keluaran Jamu Jelita ini efektif untuk
mencerah dan menganjalkan kulit wajah. Ia bebas dari kandungan lemak
dan kaya dengan karbohidrat dan Vitamin C.
Shaker disertakan bersama.
Khasiat Pearl White Putih Mulus
* Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kulit
* Mencerahkan kulit wajah
* Menggebu dan menganjalkan kulit wajah
* Menyihatkan lagi kulit wajah
* Menghaluskan kulit wajah
* Menyegarkan kulit
* Melindungi kulit dari sinaran ultraungu
Kandungan
Hydrolyzed Collagen: Kolagen larut air yang juga
dikenali dengan nama gelatin ini mengandungi asid amino yang mampu
membina dan mengekalkan tisu yang sihat, menjadi agen anti-oksida,
menyeimbangkan protein dalam badan, melembap dan menghaluskan kulit.
Glutawhite: Sejenis asid amino yang juga dipanggil
Gluta ini berperanan sebagai anti-oksida yang paling berkesan untuk
mencantikkan kulit. Ia terbukti dapat mengatasi penyakit kulit
kemerah-merahan, bersisik, kering, dan menyembuhkan luka pada kulit. Di
samping itu, ia mampu meneutralkan radikal bebas, memulihkan sel rosak,
menyahtoksin dan juga meningkatkan prestasi antioksida yang lain.
Vitamin C: Vitamin C merupakan sebatian yang
penting untuk menyeri dan menyihatkan lagi kulit. Ia juga bertindak
sebagai anti-oksida untuk mencegah penyakit selain mengurangkan kesan
radikal bebas yang disebabkan oleh pendedahan terhadap bahan kimia yang
merbahaya.
Multivitamin: Gabungan mineral ini mempunyai
pelbagai khasiat untuk tubuh badan kita. Mengikut pendapat pakar
kesihatan, pengambilan multivitamin dengan dos yang dibenarkan boleh
membantu mencegah kekurangan vitamin dan mineral yang digunakan untuk
meningkatkan nutrisi penting dalam tubuh.
3X Stem-Cell: Stem Cell adalah sel induk yang
berfungsi untuk membentuk sel baru secara berterusan dan menggantikan
fungsi dari sel-sel organ tubuh yang telah rosak.
Acerola Cherry: Juga dipanggil dengan nama
saintifiknya, Malpighia emarginata, ia sangat kaya dengan vitamin A, B1,
B2, B3 dan C serta karotenoid dan bioflavonoid. Ramuan-ramuan tersebut
mengandungi khasiat yang efektif untuk menjadikan kulit lebih sihat,
muda dan bebas dari bakteria dan penyakit yang akan merosakkan kulit.
Pinebark: Mengikut kajian, kulit kayu dari pokok
Pine ini sememangnya berkesan untuk mendapatkan kulit yang sihat di
samping melembap dan meremajakan kulit wajah.
Tomato: Tumbuhan yang sering menjadi ramuan dalam
produk kecantikan ini tidak dinafikan mampu menyihat dan mencantikkan
lagi kulit. Ia terbukti dapat mengecilkan liang pori-pori kulit,
menghilangkan bintik-bintik hitam, mengawal penghasilan minyak pada
wajah, mengekang pertumbuhan jerawat di samping melindungi kulit
daripada sinaran ultraungu dan mencerahkan kulit yang kusam.
Astaxanthin: Bahan ini berperanan untuk merawat
kerosakan kulit yang diakibatkan oleh sinaran ultraungu, di samping
menjadi agen anti-oksida yang mampu mencegah daripada terkena penyakit.
Argan: Ramuan anti-oksida yang berasal dari pokok
Argan dan sering didapati di Maghribi ini kaya dengan vitamin dan
berfungsi sebagai pelembap dan penawar untuk masalah kulit.
Pearl: Mutiara merupakan ramuan penting dalam
sesebuah produk kosmetik dan kecantikan dan berperanan untuk mencerah,
melembap dan melembutkan kulit wajah. Di samping itu, ia berfungsi untuk
melindungi kulit daripada sinaran ultraungu, mengatasi kegatalan pada
kulit, melambatkan proses penuaan, serta mengurangkan kedut.
Rose Alps: Ekstrak bunga mawar sememangnya berkesan
untuk merawat kulit. Ia berupaya mengecilkan pori-pori dan mengawal
kulit yang berminyak. Hasilnya, kulit tampak lebih berseri, halus dan
segar.
Cara Penggunaan
1. Masukkan satu sudu Pearl White Putih Mulus Jamu Jelita ke dalam shaker yang mengandungi 120 ml air.
2. Goncang shaker atau kacau di dalam gelas sehingga larut.
3. Untuk kesan nutrisi yang lebih optima, anda disarankan mengambil
Pearl White Putih Mulus 15 minit sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur
malam.
4. Simpan di tempat yang kering.